Ameen4all

Ameen4all

Tentang Ameen



MENGENAI KAMI

Ameen Mobile Sdn Bhd ialah sebuah syarikat bumiputera sepenuhnya yang terlibat dalam aktiviti jualan dan pemasaran produk telekomunikasi.

Ameen Mobile telah dilantik sebagai rakan kerjasama eksklusif Clixster Mobile Sdn Bhd iaitu pemilik perkidmatan talian telefon mudah alih jenama Clixster, untuk mengurus dan melaksanakan program kesetiaan Ameen.

Program Kesetiaan Ameen ini merupakan satu program untuk pengguna talian prabayar Clixster menjana pendapatan secara mudah, berterusan dan lumayan.

Ameen Mobile berkongsi pendapatan dengan pengguna yang memperkenalkan program ini kepada pengguna yang lain berdasarkan pelan pemasaran berkonsepkan unilevel yang mudah difahami, tetapi mampu memberi pulangan yang lumayan kepada pengguna yang gigih memperkenalkan program ini kepada orang ramai.



PENGASAS AMEEN 

DATO' DR. IR. MEGAT RADZMAN MEGAT KHAIRUDDIN

Dato' Dr. Ir. Megat Radzman Megat Khairuddin, merupakan seorang jurutera terlatih dan juga seorang usahawan yang terbabit secara langsung dalam sektor teknologi telekomunikasi. Beliau berjaya mencipta beberapa usaha niaga dalam tempoh 15 tahun kebelakangan ini dan yang paling membanggakan apabila beliau turut berjaya menubuhkan sebuah syarikat pengeluar telefon bimbit terbesar di Malaysia dengan cawangan  di peringkat antarabangsa seperti di Singapura, Indonesia, Bangladesh, Vietnam dan China.

Beliau juga telah membimbing dan membangunkan lebih 1, 500  usahawan muda yang telah berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Kesempurnaan pengetahuan beliau dalam industri telekomunikasi dan telefon mudah alih serta kemahiran perniagaan pasaran terbuka, telah mengangkat beliau dalam menerajui rangkaian pengedar terbesar telefon mudah aih serta kemahiran perniagaan pasaran terbuka, telah mengangkat beliau dalam menerajui rangkaian pengedar terbesar telefon mudah alih di Malaysia dengan lebih 5, 000 pengedar rasmi, penjual balik dan kedai khusus telefon mudah alih di seluruh negara dengan lebih 17 pengedar dalam setiap negeri di satu-satu wilayah.

NOOR AZLAN KHAMIS

Noor Azlan Khamis , mempunyai lebih daripada 15 tahun pengalaman dalam bidang teknologi dan pemasaran bagi kedua-dua sektor perusahaan dan penyediaan perkhidmatan. Konsep satu komuniti tertutup bagi perkhidmatan talian mudah alih adalah idea asal Azlan, dimana beliau dapat merasakan potensi yang amat besar bagi perkongsian bersama koperasi.

Beliau telah menubuhkan CLIXSTER MOBILE SDN BHD dengan menyusun strategi operasi awal pada Julai 2011 dan berusaha keras dalam menjalin kerjasama dengan Angkatan Koperasi Kebanggsaan Malaysia (ANGKASA) sekaligus menjayakannya. Sebelum menyertai CLIXSTER MOBILE, Azlan adalah pengasas bersama MYPUTRALINK Group, dimana aktiviti utamanya adalah bidang Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) bagi perniagaan dalam talian Internet dan perkhidmatan pembayaran.